2 Jenis Tanda-tanda Menopause Yang Dialami Oleh Wanita Tapi Ramai Wanita Tidak Tahu!
Apa Itu Menopause?
Menopause adalah daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud ‘pemberhentian haid’.Ia juga merupakan proses perubahan semulajadi dan disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan hormon seks badan.
Apabila mencapai menopause, tahap estrogen berkurangan, yang menyebabkan ovari berhenti menghasilkan telur setiap bulan.
Oestrogen ialah hormon seks wanita yang mengawal haid wanita. Kebanyakan wanita mengalami menopaus sekitar 45-55 tahun. Purata umur menopause berlaku adalah 52.
Menurut Presiden Menopause Malaysia (MMS), Dr Liew Fah Onn berkata, seramai 60% wanita Malaysia mungkin mengalami ‘derita dalam senyap’ sedangkan kualiti kehidupan mereka boleh dipertingkatkan menerusi bantuan sewajarnya daripada pihak professional.
Tinjauan menunjukkan bahawa lebih separuh dari wanita tidak mengetahui bahawa menopause berkait rapat dengan risiko sakit jantung, sedangkan penyakit kardiovaskular terutama sakit jantung dan strok merupakan penyebab utama kematian di Malaysia, kata beliau. (petikan dari utusan)
Selain itu juga, tidak ramai wanita mengetahui tanda-tanda menopause dan menyebabkan mereka (wanita) meremehkan tanda-tanda menopause yang mereka alami.
Berikut adalah 2 jenis tanda-tanda menopause yang harus anda ketahui iaitu tanda-tanda jangka pendek dan tanda-tanda jangka panjang.
Setiap jenis tanda-tanda ini mempunyai pecahan tersendiri seperti berikut;
[i]. Tanda-tanda Jangka Pendek
a). Sistem Saraf- Badan terasa panas, ianya berlaku kepada 50% - 70% wanita
- Berpeluh pada siang hari atau malam disebabkan oleh kekurangan estrogen, berlaku gangguan kepada daya kawalan terhadap suhu badan.
- Boleh menghalang tidur anda dan mengganggu kerja seharian.
b). Psikologi
- Keletihan
- Mudah lupa
- Kurang daya penumpuan
- Susah hendak tidur
- Kemurungan
- Perubahan emosi
c). Sistem Faraj
- Kulit faraj menjadi nipis dan kering
- Sakit di bahagian faraj
- Merasa sakit di bahagian faraj sesudah melakukan hubungan kelamin
- Masalah fungsi pundi kencing, mengalami penitisan air kecil semasa batuk atau selsema.
- Jangkitan bakteria 'escherichia coli' di saluran kencing.
d). Kulit
- Kulit menjadi nipis dan kering
- Perubah saiz pada payudara
[ii]. Tanda-tanda Jangka Panjang
a). Osteoporosis (kekurangan tisu tulang yang serius)
b). Serangan Penyakit Jantung
c). Serangan Angin Ahmar (strok)
d). Penyakit Elzheimer (mudah lupa)
Oleh itu, sebagai seorang wanita yang lebih banyak memainkan peranan di dalam keluarga, anda perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat, diet yang seimbang dan juga pengambilan suplimen buat tubuh badan anda.
Selain itu, kita (lelaki atau wanita) haruslah memahami mereka (wanita yang mengalami menopause), tanda-tanda sebegini membuatkan mereka mudah melenting atau berubah mood.
Ada baiknya kita bantu mereka untuk mengatasi proses ini.
Ok..setakat ini untuk sementara ini...nanti admin akan kongsikan info tentang menopause lagi dalam masa terdekat.
[Pesanan Admin] Tolong kongsikan dengan kawan-kawan yang lain agar lebih banyak yang mendapatkan manfaat!
paling takut osteoporosis tu. sebab tu la ramai wanita menopause banyak yang patah tulang
ReplyDeleteThn lepas period saya masih ada seperti biasa thn ni bulan jan nk masuk 51 tetiba tak dtg dan nk masuk feb...adakah itu menandakan haid.saya sudah putus
ReplyDeleteThn lepas period saya masih ada seperti biasa thn ni bulan jan nk masuk 51 tetiba tak dtg dan nk masuk feb...adakah itu menandakan haid.saya sudah putus
ReplyDelete
ReplyDeleteAdmin numpang promo ya.. :)
cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
banyak kejutan menanti para temen sekalian
cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
F4ns Bett1ng
"JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM
DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^