Ini Rupanya Rahsia Nenek Berumur 96 Tahun Kelihatan Baru 70-an!!

Kebiasaannya, semakin berumur semakin kurang tahap kesihatan. Yang biasa terkesan akibat umur semakin meningkat ialah penglihatan dan pendengaran.

Memang jarang sekali kita mendengar orang yang dah berumur lewat 70-an masih mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ada pun, boleh dikira dengan jari.

Apatah lagi yang dah berumur lewat 90-an..(kalau ada capai umur ini, zaman sekarang adalah salah satu keajaiban.)

Sebab itu, hari ini, admin nak share satu kisah atau PEMBONGKARAN RAHSIA dari seorang nenek yang berumur 96 tahun.

Ya,..para pembaca semua, anda dengar tu...Nenek Berumur 96 Tahun Nak Share Rahsia Kesihatan Mental dan Fizikal kepada kita semua!! Dan sangat beruntung, nenek ni berasal dari Malaysia!!

Mari kita baca sama-sama k...

Selama - Bukit Bertam (Perak) : Seorang warga emas berusia 96 tahun disini, didapati masih memiliki tubuh badan dan mental yang sihat. Sekali pandang disangkakan baru berumur lingkungan 70an. Beliau memiliki pendengaran dan penglihatan yang sangat baik jika hendak dinilai dari umurnya itu.

Nenek berumur 96 tahun ini memiliki 8 anak, 62 cucu dan 83 orang cicit.

Lebih dikenali sebagai Hajah Che Dah Ibrahim, masih mampu mengangkat bebanan yang sederhana berat sambil berdialog mesra dengan pihak media.

Pemeriksaan kesihatan di hospital juga menunjukkan beliau cuma memiliki masalah jantung yang tidak serius dan sedikit masalah darah tinggi.

Berikut adalah antara petua yang disampaikan oleh beliau.

Amalkan makanan sihat, sayur dan ulam-ulaman
"Makcik pakai cermin mata ni untuk membaca saja. Kalau tengok muka orang tanpa pakai cermin mata, makcik boleh cam" kata Makcik Dah. Beliau cukup kenal gambar-gambar ahli politik sekiranya ditunjukkan kepadanya. Masa zaman komunis dulu Che Dah menceritakan juga bagaimana mereka hanya menjamah ubi kayu dan pisang rebus di dalam hutan kerana bersembunyi dikhuatiri komunis menculik anak dara.


Biasakan diri melakukan pekerjaan berat
"Makcik dah terbiasa buat kerja berat, sebab itu sampai sekarang pun makcik tak boleh duduk diam tak berbuat apa-apa". Di usia remajanya, beliau menceritakan bahawa beliau bekerja keras mengusahakan sawah padi. Itulah sebabnya ramai di antara orang tua-tua terdahulu badannya sihat dan kuat.


Banyakkan membaca Al-Quran
Salah satu sebab penglihatan makcik Dah masih elok dan tajam walaupun berumur 96 tahun adalah rajin membaca surah Al-Quran. Setiap hari, jika tiada apa-apa untuk dibuat, Makcik Dah akan membaca Al-Quran. "Boleh dikatakan hampir setiap minggulah makcik khatam Al-Quran ni" Tambahnya lagi.

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah, manusia zaman sekarang jauh berbeza cara hidupnya dengan manusia di zaman Che Dah. Kini ramai makan makanan pakejing yang diproses (tidak asli) dan tidak mengamalkan hidup sihat. Atas dasar kesempitan hidup, ramai terpaksa bekerja keras sehingga tidak ada masa untuk membaca Al-Quran. Kita perlu berubah!

Wallahualam

Comments



  1. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kos Sara Hidup Semakin Tinggi...BERSEDIAKAH ANDA??

"Orang Korea Asalnya Taklah Cantik Mana Pun," Doktor Ini Kongsi 3 Amalan Orang Korea Untuk Dapatkan Kulit Cantik, Bersih Dan Gebu

Punca Sebenar Senggugut Yang Anda Tidak Tahu!!