Sebab Kanak-Kanak Lebih Tinggi RISIKO Terdedah Kepada Asap Rokok Dari Orang Dewasa!! Ibu Bapa Harus Tahu!
Mungkin juga anda pernah baca banyak artikel berkenaan bahayanya rokok pada kanak-kanak.
Tapi mungkin anda belum pernah terbaca artikel berkenaan 'Kenapa Kanak-kanak Lebih Terdedah Pada Bahaya Asap Rokok?'
Kali ini, admin nak share satu info yang dikongsikan oleh Dr. Norzila Mohamed seorang Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya dalam perkongsian yang dipetik dari laman Astro Awani, kanak-kanak adalah golongan yang mudah terdedah dengan asap rokok berbanding golongan dewasa.
Kanak-kanak yang sering terdedah dengan asap rokok berdepan risiko menghidap pelbagai penyakit seperti jangkitan paru-paru, lelah dan masalah pendengaran.
Pada masa yang sama, menurut kajian, kebarangkalian untuk bayi kecil mendapat sindrom kematian mengejut (SIDS), juga tinggi bagi ibu mengandung yang merokok.
[FAKTA] Apabila sebatang pokok dibakar, perokok melepaskan lebih 4 ribu bahan kimia ke ruang udara melalu asapnya.
"Kalau orang dewasa bernafas dalam 15 atau 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula kadar pernafasan mereka lebih tinggi, dalam 40 hingga 50!"
Itu bermakna bahawa dengan kadar pernafasan yang lebih laju, mereka menyedut lebih daripada orang dewasa," kata Dr. Norzila.
Jelasnya lagi, bentuk paru-paru kanak-kanak yang lebih kecil dan masib dalam peringkat perkembangan perlu dijaga untuk elak kesan buruk jangka panjang.
Lebih membimbangkan lagi adalah risiko terhadap anak yang ibunya merokok ketika mengandung.
"Sebagai seorang ibu yang mengandung dan merokok, ini bermakna bayi dalam kandungan akan terdedah dengan bahan nikotin di dalam cirkulasi darah, ia akan beri kesan kepada perkembangan paru-paru kanak-kanak ini berbanding ibu yang tidak merokok."
"Apabila dilahirkan, bayi itu mungkin akan mengalami masalah dengan saluran pernafasan yang lebih kecil dan kadar risiko mendapat jangkitan paru-paru seperti bronkitis, pneumonia adalah lebih tinggi.
Selain itu ia juga beri kesan kepada bayi dari segi berat badan yang rendah," kata Dr. Norzila.
Sementara itu, mengulas jumlah kanak-kanak yang menghadapi penyakit lelah di Malaysia adalah tinggi, antara 5 hingga 10 peratus, Dr. Norzila berkata walaupun rawatan untuk penyakit lelah sudah sedia ada, pendedahan kepada asap rokok yang berterusan tetap boleh menyebabkan serangan lelah akut.
"Kajian menunjukkan kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ubat asma tidak memberi kesan 100% kepada pesakit," kata Dr. Norzila
Selain itu, Dr. Norzila juga berkata hampir 90 peratus daripada kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru adalah daripada keluarga yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang perokok.
Walaupun ahli keluarga terbabit merokok di luar rumah dengan menganggap ia tidak akan memberi kesan kepada anak, Dr. Norzila menegaskan ia adalah pemahaman yang salah.
"Apabila seorang perokok itu merokok, dia ada kesan-kesan nikotin di kulit, di baju, dan apabila dia balik, dia mendukung, mencium anak. Jadi kesan itu juga beri kesan yang negatif yang dipanggil sebagai third stream smoker," jelasnya.
ReplyDeleteAdmin numpang promo ya.. :)
cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
banyak kejutan menanti para temen sekalian
cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
F4ns Bett1ng
"JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM
DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^